Hari : Ahad
Tarikh : 12 September 2010
Jam : 7.15 malam
Lokasi : NBT Gadong
Setelah penat berkunjung ke sana ke mari menziarahi sanak saudara di hari raya ketiga Asny bersama keluarga meluangkan masa berkunjung ke NBT Gadong untuk menyaksikan sendiri replika Hari Raya yang dihadiahkan oleh pihak NBT kepada semua umat Islam di negara ini
Walaupun replika yang dibuat agak simple & ringkas tetapi tema yang berkonsepkan Arabian memang memukau mata bagi mereka yang berkunjung kesana khasnya pada waktu malam
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada pihak NBT di atas kejayaan mereka memeriahkan lagi suasana Hari Raya pada tahun ini
Anda yang ingin berkunjung kesini janganlah pergi dengan tangan kosong sahaja, sekurang-kurangnya bawalah camera anda untuk mengabadikan kenangan yang terindah ini
My daughter posing berdekatan unta, untuk bergambar sambil duduk di atas unta tersebut adalah tidak dibenarkan sama sekali atas sebab keselamatan
Akhir sekali Asny mengucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam dimana jua berada Maaf Zahir & Batin




















0 Comments:
Post a Comment