Sunday, August 22, 2010

Bunga Api Di Tutong

Hari : Sabtu
Tarikh : 31 Julai 2010
Tempat : Kompleks Sukan Tutong
Jam : 9.05 malam
Walaupun Asny tidak berpeluang untuk berkunjung ke Bandar Seri Begawan untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api tapi tanpa diduga ada berita yang mengkhabarkan bahawa Daerah Tutong akan membuat pertunjukkan yang sama pada malam minggu. So Asny rebut peluang ini untuk membawa keluarga berkunjung sambil merakamkan aksi-aksi bunga api yang memeriahkan lagi suasana di malam tersebut. Asny datang lebih awal memandangkan pada tahun- tahun lepas kesesakan lalulintas sememangnya akan berlaku, so Asny memilih lokasi berdekatan dengan letak kereta Kompleks Sukan Tutong. IMG_1407
Letupan pertama bunga api menaikkan semangat para pengunjung yang sudah menunggu begitu lama. Kalau kalat mata pun inda jadi kalat mata ni olehnya....Apatah lagi kanak-kanak lagi tah iski meliat ni...
IMG_1419
So Asny cari lokasi yang sesuai untuk meletakkan kamera. Dengan menggunakan Tripod, Bulb & remote shutter memang berbaloi-baloi
IMG_1420
Kepuasan mengambil gambar bunga api kian terasa apabila hasil yang diperolehi begitu memberangsangkan
IMG_1424
Habis sekali klik, klik lagi..... tapi kenalah ikut firasat bila kan menutup shutter atu supaya hasilnya bisai. Jadi ani saja yang dapat dipaparkan pasal masa atu Asny pun ikut tergamam menikmati kemeriahan bunga api bersama keluarga & anak-anak tercinta
IMG_1443
Pertunjukkan bunga api ani akan sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang ramai apabila menjelangnya Hari Keputeraan Raja Tercinta

0 Comments: