Sunday, July 25, 2010

Wasai Wong Kadir

Hari : Isnin
Tarikh : 14 Jun 2010
Jam : 12.00 Tengahari

Asny berpeluang mengisi waktu cuti dengan mengenali negara sendiri. Salah satu tempat yang menarik minat Asny ialah Wasai Wong Kadir yang pernah Asny kunjungi pada bulan Disember 2008 yang lalu.

Kita masih beruntung kerana memiliki hutan simpan yang kaya dengan flora & faunanya yang tersendiri

Kebetulan pada ketika itu hujan baru sahaja berhenti yang menyumbang kepada keindahan air deras yang ada di Wasai tersebut dan kepuasan kepada pencinta seni fotografi
Tetapi sayangnya tiada kemudahan seperti penyediaan sidewalk bagi keselesaan para pengunjung menuju ke air terjun Wasai ini & terdapat jalan yang mungkin mendatangkan bahaya bagi pengunjung
Wah...sejuk mata memandang. Kebisingan bunyi air wasai ini membuatkan para pengunjung merasa tenang & bebas daripada kesibukan kota
Pemandangan begini akan anda dapati disepanjang jalan menuju ke Wasai sambil menikmati keindahan alam ciptaan yang Maha Esa.
Setelah penat lelah, Asny mengambil peluang untuk berendam di aliran air Wasai ini yang terletak di bahagian hadapan jalan masuk. Boleh dikatakan hampir 45 minit Asny menikmati kesejukan air Wasai bersama adik & kawan yang masih menggali ilmu seni fotografi
Anda yang berminat bolehlah berkunjung kesini yang lebih kurang mengambil masa hampir 1 jam dari simpang Sungai Liang. Dan pastikan anda menjaga tatasusila kerana tempat ini masih fresh....

0 Comments: