Wednesday, June 16, 2010

Luagan Lalak

Hari : Jumaat
Tarikh : 11 Jun 2010
Jam : 9.00 Pagi

Asny berkesempatan untuk meninjau perkembangan terbaru Taman Peranginan Luagan Lalak yang dikhabarkan telah pun dimajukan. So..apa lagi...cari bukti dengan klik2......
Kebetulan cuaca pada pagi tersebut sangat mengizinkan dan pemandangannya membuat mata terasa sejuk melihat keindahan alam ciptaan yang ESA.

Ada pula yang mencuba nasib memancing ..... Tapi ikannya karuk nganya ni....


Taman yang dahulunya telah diberikan notis oleh Jabatan Perhutanan bahawa jambatan ini tidak selamat digunakan oleh orang awam sudah pun diperbaharui......Tagap lagi....

Inilah rupa jambatan yang baru....cubalah sendiri...

Namun disebalik keindahan jambatan & pondok baru masih terlihat di suatu sudut pondok usang yang pernah menjadi saksi kesuraman taman ini beberapa tahun yang lalu

Dan sebuah rumah atas kayu yang sering menjadi tanda tanya para pengunjung, apakah sebenarnya cerita di sebalik pondok tersebut yang masih belum terjawab. Apakah para pengunjung akan dapat menikmati & menyaksikan keindahan taman ini melalui pondok tersebut suatu hari nanti ????.


Ribuan terima kasih kepada pihak yang telah bertanggungjawab membisaikan lagi kawasan taman ini bersesuaian dengan promosi ( KNK )Kenali Negara Kitani. Semoga akan ramai pengunjung yang akan bertandang melihat sendiri keindahan Taman2 di Negara Brunei Tercinta ini.

0 Comments: